Soledad  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

"Soledad"

If only you could see the tears in the world you left behind

If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realise
You're a loss I can't replace

Soledad

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville

Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you told me

After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Regresa A Mi  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in




Selamat Hari Bapa  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

Abu Hurairah r.a berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik)


Buat arwah abah yg sangat 'daddy cool', SHS, semoga ditempatkan bersama orang2 yg soleh disana.

Buat arwah ayah yg tak pernah ku punyai kesempatan untuk menemuinya, AWM. Doaku semoga rahmat Allah sentiasa mencucuri rohmu.

Buat bapa kepada anak2ku, yg garang dimata tapi sangat ceria di hati kami, daddy kool...kami sentiasa doakan semoga perjalanan hidupmu selamat di dunia dan akhirat.


Situ Sana Sini Sinun  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

sangat sibuk seminggu nih...
ada-ada je hal dan perkara yg datang bertandang.

dah siap situ, datang plak yg sinun...
dah selesai sinun, sini plak buat perangai...
dah terasa ala2 Cik Siti plak..hikhik

yee...sekarang hati dan jiwa gue sedang dalam fasa sangat genting
sedang berlawan dengan rasa...
sedang berkira2 dengan akal...
sedang berunding dengan kalbu...

natijahnya?

Hanya Tuhan Yang Tahu... -_-

Lunch @ Breakfast  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,


Plan bukan main malam tadi nak sarapan nasi lemak.
haramm..dek kerana penangan world cup.

sudahnya makan roti je pagi tadi.


tapi...

projek nasi lemak tetap berjalan. kihkih
so, menu makan tengahari adalah :


Nasi Lemak

Gulai Ayam

Telur Rebus
Sambal Tumis Ikan Bilis

Pic Google saja..


huhu...pakat2 tidur laa lepas makan ni... ^_^

Tuju2  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

"Jika kamu ingin membunuh seorang musuh, maka dapatkanlah penembak tepat (sniper).. kerana jika kamu datang dengan angkatan perang, maka pasti ada antara askar dan orang awam yang tidak berdosa akan terbunuh"..


copy paste dari blog seseorang...

merujuk kepada posting sebelum ini. cerita tentang kesalahan semata2 tanpa perlu buka aib yg tiada kena mengena.

Aib : Kenapa perlu buka dan sebarkan?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

tadi jalan2 pergi rumah politik seorang hamba Allah yg terkenal nih.
setiap posting beliau pendek2 je.
yg lebihnya ketawa terbahak2.
tapi memang ramai yg baca sebab setiap patah ayatnya sinikal dan sarcastic. ok fine.
nama pun politik, ye dak.
mesti semua orang nak tahu kisah sebenar (ye ke semua orang mesti nak tahu? ada orang yg tak ambil tahu pun)

tapi...

bila gue baca satu entry tentang isteri PM dan PM, gue rasa panas tetiba.
bukanlah kerana gue adalah die hard PM.
namun, bila penulis itu mula meroyan2 tentang skandal PM-yg-entah-berapa-banyak-punya-skandal-daa, gue dah naik meluat, naik sebu, naik berbulu.

kenapa perlu war2 nama wanita tersebut yg sekarang nih dah jadi ibu kepada 4 orang anak dan bersuamikan seseorang yg jauh dari dunia seni?
kenapa perlu buka aib yg mungkin saja wanita itu telah bertaubat darinya (jika benar tuduhan itu)?
nama pun cerita lama. bukannya wanita itu sekarang nih tengah jadi sundal or pelacur kat mana2 pun sampai nak buka dan sebar aib beliau (kot2 la demi kepentingan awam : orang yg suka buka aib dan sebarkan nih selalu guna ayat ni)

cuba kena kat batang hidung sendiri.
menggelupur nak saman orang sana sini.

nonsense!
sick people, pathetic, minda celaru etc etc.

***owh, gue baca gak blog beliau sebab kekadang masa beliau tak 'weng', bernas juga komentarnya. ;)

Ayam ke ikan?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

semalam sebelum FIFA, dah ingatkan pak habib.
nak ajak pergi pasar beli ikan.

ikan kat kedai runcit mahal berdentum.
alih2 pagi nih dek kerana beliau malas, boleh plak dia kata, 'kita makan sup ayam eeaa hari ni'...
maknanya beliau malas nak keluar dan anak la bakal jadi despatch pergi kedai.
ayam seekor sama dengan ikan kembong 8 ekor.

dulu2 orang kaya je makan ayam ni.
sekarang dah terbalik. orang sesak je makan ayam.
dunia terbalik..huhu

Terima kasih Tuhan!  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

ini sempena anak si aizah punya penangan Terima Kasih Tuhan laa ni...
tersentak gue yg tua bangka nih...
malu ngan budak kecik yg pandai hamdanlillah...



Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:

"Dan akhir seruan mereka, ‘Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.’" (10:10)

Dan Kata-Nya lagi, "Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan." (28:70)



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Whosoever is in the heavens and on earth begs of Him (its needs from Him). Every day He has a matter to bring forth (such as giving honour to some, disgrace to some, life to some, death to some, etc.)!

Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ar-Rahman : 29 -30




Maka alasan apalagi yg kita ada untuk berdolak-dalih dalam melayari kehidupan dan menjauhkan diri dari gejala putus asa terhadap Rahmat Tuhan? -_-


.:: FaceBook~ing::.  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

selama ummi ngan ayah je berFB nih...
anak2 dah 'ter'tengok, maka mereka tertanya2...
abang2 n kakak memang tak payah ajar laa...
abang2 n kakak memang pantang lepa PC jaaa...
yang 'ter'tanya2 nih, yg umur 4 & 5 tahun...
tertanya2 kenapa diorang tak ada FB...
aku yg ketinggalan zaman ke atau anak2 (babies..still..pada aku) yg advance?
habis dipaksa aku upload segala piccas sempena tabiat camwhore diorang...(ini sah2 bukan ikut aku)...huhu...



ouuuccchhhh...memang susah nak jaga anak2 dara nih...
sekarang minta nak FB...
esok2 ntah apa yg depa ndak pulak...

***adakah mak aku berperasaan yg sama masa besarkan aku?
aku rasa......tidak!
aku kan budak baik...kihkihkih ^_^

Blur @ Sengal  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Awat rasa sengal je hari ni?
Adakah kerana cuaca yg sejuk?
Adakah kerana line phone gue interrupted?
(thanks Maxis kerana dah sambung balik line gue. alaaa...bukan exceed limit pun. terlangkau bill je. sib baik broadband separate account..huahua)
Adakah kerana gue tak tahu nak masak apa hari ni?
(kelu laa dengan menu. sampai tak tahu nak makan apa.. -_- ***ini menunjukkan gue rajin masak. ai bini kaman, boleh jadi mak mertua mithali tak gue?...hikhik)
Adakah adakah adakah kerana.....gue malassss?


gue tak suka bila gue blurrrrr!!

Putih, Hitam, Merah  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Ada orang tanya kenapa saya suka tiga unsur warna ni.

Saja suka. tiada sebab...kihkihkih
Apapun, yang pastinya...

Gue bukanlah Snow White...
Apatah lagi Gothic...
Jauh sekali Red Mummy...
ekekeke

Hujan  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Apabila hujan, maka lapar dan sengal urat akan bertandang. huh! Karipap panas dan urut kaki...aduhai, indahnya hidup di saat langit mencurahkan airmatanya..perghh..puitis sungguh!


Karipap Frozen Mak Ngah tapi gue yg goreng.. -_-


Refleksologi..dah beranak ramai nih bila sejuk2 je sengal la sket.
Mana la pak habib tak balik2 lagi nih...
nak mintak tolong urut kaki..
^_^


Payung Emas : Di manakah dalilnya?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.



Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت

"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‌

"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]


Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmidzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb.

WA