Soledad  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

"Soledad"

If only you could see the tears in the world you left behind

If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realise
You're a loss I can't replace

Soledad

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville

Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you told me

After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Regresa A Mi  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in




Selamat Hari Bapa  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

Abu Hurairah r.a berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik)


Buat arwah abah yg sangat 'daddy cool', SHS, semoga ditempatkan bersama orang2 yg soleh disana.

Buat arwah ayah yg tak pernah ku punyai kesempatan untuk menemuinya, AWM. Doaku semoga rahmat Allah sentiasa mencucuri rohmu.

Buat bapa kepada anak2ku, yg garang dimata tapi sangat ceria di hati kami, daddy kool...kami sentiasa doakan semoga perjalanan hidupmu selamat di dunia dan akhirat.


Situ Sana Sini Sinun  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

sangat sibuk seminggu nih...
ada-ada je hal dan perkara yg datang bertandang.

dah siap situ, datang plak yg sinun...
dah selesai sinun, sini plak buat perangai...
dah terasa ala2 Cik Siti plak..hikhik

yee...sekarang hati dan jiwa gue sedang dalam fasa sangat genting
sedang berlawan dengan rasa...
sedang berkira2 dengan akal...
sedang berunding dengan kalbu...

natijahnya?

Hanya Tuhan Yang Tahu... -_-

Lunch @ Breakfast  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,


Plan bukan main malam tadi nak sarapan nasi lemak.
haramm..dek kerana penangan world cup.

sudahnya makan roti je pagi tadi.


tapi...

projek nasi lemak tetap berjalan. kihkih
so, menu makan tengahari adalah :


Nasi Lemak

Gulai Ayam

Telur Rebus
Sambal Tumis Ikan Bilis

Pic Google saja..


huhu...pakat2 tidur laa lepas makan ni... ^_^

Tuju2  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

"Jika kamu ingin membunuh seorang musuh, maka dapatkanlah penembak tepat (sniper).. kerana jika kamu datang dengan angkatan perang, maka pasti ada antara askar dan orang awam yang tidak berdosa akan terbunuh"..


copy paste dari blog seseorang...

merujuk kepada posting sebelum ini. cerita tentang kesalahan semata2 tanpa perlu buka aib yg tiada kena mengena.

Aib : Kenapa perlu buka dan sebarkan?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

tadi jalan2 pergi rumah politik seorang hamba Allah yg terkenal nih.
setiap posting beliau pendek2 je.
yg lebihnya ketawa terbahak2.
tapi memang ramai yg baca sebab setiap patah ayatnya sinikal dan sarcastic. ok fine.
nama pun politik, ye dak.
mesti semua orang nak tahu kisah sebenar (ye ke semua orang mesti nak tahu? ada orang yg tak ambil tahu pun)

tapi...

bila gue baca satu entry tentang isteri PM dan PM, gue rasa panas tetiba.
bukanlah kerana gue adalah die hard PM.
namun, bila penulis itu mula meroyan2 tentang skandal PM-yg-entah-berapa-banyak-punya-skandal-daa, gue dah naik meluat, naik sebu, naik berbulu.

kenapa perlu war2 nama wanita tersebut yg sekarang nih dah jadi ibu kepada 4 orang anak dan bersuamikan seseorang yg jauh dari dunia seni?
kenapa perlu buka aib yg mungkin saja wanita itu telah bertaubat darinya (jika benar tuduhan itu)?
nama pun cerita lama. bukannya wanita itu sekarang nih tengah jadi sundal or pelacur kat mana2 pun sampai nak buka dan sebar aib beliau (kot2 la demi kepentingan awam : orang yg suka buka aib dan sebarkan nih selalu guna ayat ni)

cuba kena kat batang hidung sendiri.
menggelupur nak saman orang sana sini.

nonsense!
sick people, pathetic, minda celaru etc etc.

***owh, gue baca gak blog beliau sebab kekadang masa beliau tak 'weng', bernas juga komentarnya. ;)

Ayam ke ikan?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

semalam sebelum FIFA, dah ingatkan pak habib.
nak ajak pergi pasar beli ikan.

ikan kat kedai runcit mahal berdentum.
alih2 pagi nih dek kerana beliau malas, boleh plak dia kata, 'kita makan sup ayam eeaa hari ni'...
maknanya beliau malas nak keluar dan anak la bakal jadi despatch pergi kedai.
ayam seekor sama dengan ikan kembong 8 ekor.

dulu2 orang kaya je makan ayam ni.
sekarang dah terbalik. orang sesak je makan ayam.
dunia terbalik..huhu

Terima kasih Tuhan!  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

ini sempena anak si aizah punya penangan Terima Kasih Tuhan laa ni...
tersentak gue yg tua bangka nih...
malu ngan budak kecik yg pandai hamdanlillah...



Seperti mana-mana seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang berbunyi:

"Dan akhir seruan mereka, ‘Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.’" (10:10)

Dan Kata-Nya lagi, "Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan." (28:70)



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Whosoever is in the heavens and on earth begs of Him (its needs from Him). Every day He has a matter to bring forth (such as giving honour to some, disgrace to some, life to some, death to some, etc.)!

Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ar-Rahman : 29 -30




Maka alasan apalagi yg kita ada untuk berdolak-dalih dalam melayari kehidupan dan menjauhkan diri dari gejala putus asa terhadap Rahmat Tuhan? -_-


.:: FaceBook~ing::.  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

selama ummi ngan ayah je berFB nih...
anak2 dah 'ter'tengok, maka mereka tertanya2...
abang2 n kakak memang tak payah ajar laa...
abang2 n kakak memang pantang lepa PC jaaa...
yang 'ter'tanya2 nih, yg umur 4 & 5 tahun...
tertanya2 kenapa diorang tak ada FB...
aku yg ketinggalan zaman ke atau anak2 (babies..still..pada aku) yg advance?
habis dipaksa aku upload segala piccas sempena tabiat camwhore diorang...(ini sah2 bukan ikut aku)...huhu...



ouuuccchhhh...memang susah nak jaga anak2 dara nih...
sekarang minta nak FB...
esok2 ntah apa yg depa ndak pulak...

***adakah mak aku berperasaan yg sama masa besarkan aku?
aku rasa......tidak!
aku kan budak baik...kihkihkih ^_^

Blur @ Sengal  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Awat rasa sengal je hari ni?
Adakah kerana cuaca yg sejuk?
Adakah kerana line phone gue interrupted?
(thanks Maxis kerana dah sambung balik line gue. alaaa...bukan exceed limit pun. terlangkau bill je. sib baik broadband separate account..huahua)
Adakah kerana gue tak tahu nak masak apa hari ni?
(kelu laa dengan menu. sampai tak tahu nak makan apa.. -_- ***ini menunjukkan gue rajin masak. ai bini kaman, boleh jadi mak mertua mithali tak gue?...hikhik)
Adakah adakah adakah kerana.....gue malassss?


gue tak suka bila gue blurrrrr!!

Putih, Hitam, Merah  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Ada orang tanya kenapa saya suka tiga unsur warna ni.

Saja suka. tiada sebab...kihkihkih
Apapun, yang pastinya...

Gue bukanlah Snow White...
Apatah lagi Gothic...
Jauh sekali Red Mummy...
ekekeke

Hujan  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Apabila hujan, maka lapar dan sengal urat akan bertandang. huh! Karipap panas dan urut kaki...aduhai, indahnya hidup di saat langit mencurahkan airmatanya..perghh..puitis sungguh!


Karipap Frozen Mak Ngah tapi gue yg goreng.. -_-


Refleksologi..dah beranak ramai nih bila sejuk2 je sengal la sket.
Mana la pak habib tak balik2 lagi nih...
nak mintak tolong urut kaki..
^_^


Payung Emas : Di manakah dalilnya?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.



Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت

"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‌

"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]


Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmidzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb.

WA

HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

UJIAN IMAN

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang. Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :
"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud
“ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”. Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)



CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)
2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)
3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)
4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.


Penutup


Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

DVD Mania  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in , ,

hari-hari saya berlalu dengan lesu. lesu dengan ketiadaan pak habib yg induksinya tamat minggu depan. lesu dengan kerenah 'sahabat-kunun-amanah', lesu dengan hingar-bingar anak-anak yg rindukan ayahnya dan macam2 lesu lagi.

saya yg 'patah kaki' sehari dua ni akhirnya call member untuk pinjam kereta. marah sungguh member saya tu bila saya katakan dah lama saya tak keluar jalan-jalan sebab tak ada kenderaan. huhu

"awat yg hang tak roger aku jaa? aku nih memang la kerja. tapi aku nih doktor. pergi klinik tak keluar2 dah. awat yg hang 'kelu' sangat nih?"...bebel beliau. huhu

bukannya apa. ada kawan baik ni segan pulak nak mintak tolong. tak nak kena label 'take-for-granted'. tapi itulah manusia... (haishh..sendu semula laa gue lagu nih. dok kenang sahabat-kunun-amanah tu.)


ok....ok...choppppp!! tak nak sedih-sedih.


selepas meminjam kereta dari member, terus angkut anak-anak pergi fastfood. ada yg nak KFC, ada yg nak MCd...layannnnn

keluar dari simpang MCd, ternampaklah gerai DVD-halal-la-sangat (kihkih). saya borong 5 DVD dan dapat free 1. muntah tengok DVD laa saya malam ni. hikhik

1. Extraordinary Measures - Brendan Fraser / Harrison Ford
2. I Love You Phillip Morris - Jim Carrey / Ewan McGregor / Leslie Mann
3. The Hangover - Bradley Cooper / Ed Helms / Zach Galifianakis / Justin Bartha / Heather Graham
4. The Back-Up Plan - Jennifer Lopez
5. Chloe - Julianne Moore / Liam Neeson / Amanda Seyfried
6. The Bounty Hunter - Gerard Butler / Jennifer Aniston


semoga rindu saya terubat. :(

Cinta Pertama dan Terakhir  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,


sebelumnya tak ada yang mampu
mengajakku untuk bertahan
di kala sedih

sebelumnya ku ikat hatiku
hanya untuk aku seorang
sekarang kau di sini hilang rasanya
semua bimbang tangis kesepian

kau buat aku bertanya
kau buat aku mencari
tentang rasa ini
aku tak mengerti
akankah sama jadinya
bila bukan kamu
lalu senyummu menyadarkanku
kau cinta pertama dan terakhirku

sebelumnya tak mudah bagiku
tertawa sendiri di kehidupan
yang kelam ini

sebelumnya rasanya tak perlu
membagi kisahku saat ada yang mengerti
sekarang kau di sini hilang rasanya
semua bimbang tangis kesepian

bila suatu saat kau harus pergi
jangan paksa aku tuk cari yang lebih baik
karena senyummu menyadarkanku
kaulah cinta pertama dan terakhirku

Alaaa....seringgit jaa!  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

sedang saya leka melayan ripley's, bersenang2 dengan minum petang (padahal sorang2 jaa..huhu), anak saya yg baru pulang sekolah agama, termengah2 naik tangga mendapatkan saya.

"ummi, basikal hamim hilang...tapi dah jumpa"..pheww..jangan buat nak oii..basikal tu harga nak dekat seribu (senang beli yg kualiti bagus terus sebab yg nak lenjunnya ramai..haha).


si kakak yg balik sekali terus bercerita dengan muka yg beria2.

"ummi, basikal tu kena buang dekat tong sampah alam flora. makcik kantin yg jumpa". terbeliak mata saya. apasal aneh sangat jalan ceritanya nih. saya pun bersila dan panggil budak berdua tu cerita betul2 dengan saya.


alkisahnya, anak saya kena buli dekat sekolah. sebelum2 nih dah kena banyak kali tapi dia dan kakaknya selesai sendiri. si kakak nih jenis tak boleh orang kacau adik2 dia dan juga harta benda dia. maka, dengan langkah pahlawan laa si kakak nih selalunya pergi 'kowtim' dengan si pembuli.

hari ni punya kisah, si kakak dah pergi jumpa budak pembuli nih (alaahhh...baru umur 10 tahun dah ada ciri2 tak terpakai tu). si kakak demand dari budak nih mana basikal si adik. budak pembuli nih tak nak kompromi dan siap tolak2 si kakak. si kakak membalas tapi lama2 si kakak nih warn nak beritahu cikgu. still budak nih buat derkk.

apalagi, si kakak terus jumpa ustaz (sekolah agama petang lokasi peristiwa) dan beritahu kisahnya. ustaz ngan ustazah usaha laa panggil budak pembuli dan tanya duduk perkara. still...dia buat perangai 'tak tahu' dan mati2 kata dia tak ambil. kurang ajarkan? kot iye pun tak takut ngan si kakak, respectlah sikit ustaz-ustazah tu.

malas nak tekan2, pakat2lah ustaz-ustazah cari basikal tu. jenuh mencari..tak jumpa juga. sekolah dah berkira2 macam mana nak jawab ngan saya nanti (menurut cerita si kakak).

lepastu, tiba2 si adik goyang2 baju si kakak dan beritahu yg budak pembuli tu ada ugut dia tadi. budak pembuli tu kata, kalau nak basikal semula, bagi rm1. perghhh!!! menyirap saya dengar. dah jadi tukang ugut plak.

si adik nih buat bodoh je bila orang tu minta duit. si kakak pun apalagi, terus seru kat ustaz yg budak nih ugut si adik. ustaz tanya budak pembuli. nak tahu budak pembuli jawab apa? alaa...seringgit je.

kat situ gak ustaz bagi sedas dua. ustaz dah cadang2 nak buat report polis coz budak pembuli nih dari satu kawasan perumahan berdekatan yg terkenal dengan samsengnya. kiranya, budak2 dari kawasan penempatan tu memang sekolah lain reject. tapi oleh kerana sekolah agama ni baru buka tahun ni, maka nak diskriminasikan diorang agak payah laa.

bias? ooo..orang lain nak kata bias, kata laa. sesiapa yg tahu budak2 dari kawasan tu, ngan mak ayah diorang sekali memang tak boleh bawa berunding punya olang.

okeh, sambung kes basikal tu. ustaz pun dah putus asa nak cari. dalam kecoh2 tu, dari jauh nampak makcik kantin sorong basikal si adik (basikal si adik warna kuning dan memang hensem basikal tu..kihkih). makcik kantin jumpa basikal tu dalam tong sampah besar alam flora masa makcik tu nak buang sampah. kesian makcik kantin kena sorong jauh2 coz dia dah nak balik sebenarnya.

ustaz pun dengan sekali lagi, bagi sedas kat budak pembuli tu. si kakak sampaikan, sekolah cadang nak buat report polis pasal ugutan tu sebab budak nih pernah ada kes bawak pisau pergi sekolah (padahal orang suruh pergi sekolah, bukan pergi menoreh getah..iskk!)

si kakak cerita lagi, sekolah ready jaa tunggu mak bapak budak tu datang (manalah tahu kot diorang tak puas hati. ayah budak tu wartawan. kurang pasti la pulak company mana)

hurmmm...konklusinya, budak2 sekarang nih memang bahaya la. bukan setakat buli2 sket..habis di buang basikal, siap buat ransom lagi.

tak leh ingat ayat beliau, "alaaaa..seringgit jaaa". danggggg!

DK vs DQ  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

hah..hari ni saya lebih nak mengulas kepada perihal anak2 yg buat saya... 'poning makcik'. dalam family saya ni ada seorang 'Drama Queen' dan seorang 'Drama King'. Queen goes to aisyah and King goes to adham. diorang berdua nih kalau acting, memang over. aisyah kalau menangis (padahal kena jelir lidah dek kakak dia jaa) tangisan macam 'mati suami'. geram sungguh. kecoh jadinya. adham pulak, buat 'blur' yg amat. naik menyampah nak tanya or marah. bagi 'sedas' jaa. huhu. adham nih kalau kita marah2 dan tekan2 tanya, dia boleh kuar ayat,
"Mi, ada panadol tak?", sambil picit2 pelipis kening...!@#%&*#@ [omelan tanpa butir dari seorang ummi yg hangin]
aisyah pulak akan menangis gaya macam Lady dalam cerita omputeh tu. siap terjelepok dan tangan kat dahi [sila imagine cerita inggeris zaman dulu yg Lady kena main kayu tiga dek Lord].




ok, lupa nak cerita. aisyah the youngest dalam rumah ni dan adham yg sulung. amacam? nampak matching tak gandingan DK dan DQ ni?

Simpan  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

saya import blog. banyak yg saya letak dalam tray 'draft'. segala piccas dan luahan syahdu teratai layu di tasik madu. kihkih. [rasa macam jelly la pulak tulis syahdu2 lepas tu publish. tak apa...lepas ni tulis jaa tapi simpan]. ;)

Memang Macam Tu Ke?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

saya suka baca satu blog ni. walaupun entah apa2 (sebab dia agak2 meroyan yg comel), saya suka.


tiba-tiba malam ni saya baca entry beliau, saya jadi 'kelu'. kenapa macam tu?


beliau kata menyampah nak blog hopping coz meluat baca blog si fulan nih yg macam nak tunjuk kaya dengan cerita bercuti ke sana-sini.


nak muntah baca blog si fulanah tu yg cerita shopping bagai nak rak dan tiba2 claim 'terbeli'.


malas sebab si fulan bin fulan tu cerita pasal percutian ke luar negara yg dah berlalu 5 bulan lepas.


yg saya tak faham, kalau tak suka nak jamu mata dengan tulisan fulanah bin fulan tersebut, yg pergi baca buat apa. saya pula naik tak faham dengan beliau ni.


beliau memang sensitif kalau orang bercerita bab keberadaan nih (kadang2 lifestyle orang tu memang gitu dan secara automatik terpancar pada gaya bahasanya). pada saya, apa nak kisah harta orang. dia punya, ikut suka beliaulah kan. ke macam mana?

Allahu Akbar, Allah Maha Besar!  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

bila kalimah ini terpampang di mata kita...

kita hanya pandang sepi...




namun jika kalimah yg berupa ini terhidang di pandangan...

kita pasti sujud dalam ketar pada-Nya...


apakah yg membezakan-Nya pada mata zahir dan batin kita?

Surah Ar-Rahman

[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Takut Bini  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

semenjak dua menjak nih kerap benar saya dengar istilah 'takut bini'. masuk forum ada, jengah facebook pun sama...

bagi yg menyebut2 istilah tu, faham ke apa yg dimaksudkan dengan 'takut bini' tu? saya jadi hairan dengan orang yg outloud la sangat tentang sindrom nih (sindrom ka?)

saya tanya pak habib. dia balas. memanglah takut bini..takut bini kecil hati, takut bini merajuk, takut bini tak sayang dah dan bermacam2 takut lagi yg berbaur kebimbangan. tapi 'takut bini' yg sering dijaja ke sana ke mari tu lebih kepada alternatif 'Queen Control' (berapa banyak punya istilah laa yg orang bagi kat wanita2 yg di pandang tinggi suami nih)

apa yg saya faham, kalau takutkan bini tu barulah aneh. takut tak semena2 kemungkinan besar terkena sihir yg dibuat isteri. jadi dungu bagai lembu dicucuk hidung.

tapi kalau suami jenis memang tak boleh isteri jauh sikit, macam belangkas, berbual berdua (jadi best friend pada pasangan sendiri), memberi kebebasan fikiran pada isteri dengan menghormati ilmunya dll, itu bukannya takut bini. itu sayang bini namanya.

dan orang yg sering bertasbih istilah 'takut bini' ni kebiasaannya, dialah yg terkena sindrom tu. maybe nak cover ataupun tingkatkan keyakinan diri sendiri.

terkadang pak habib mengusik saya secara umum bab bermadu. dan saya tersengih2 membalas. dah jadi bahan gurauan pula. pak habib tahu saya akan layan je usikan beliau (tak bermakna saya tak 'terusik' dengan aura poligami). tapi dia kenal saya sebagaimana saya kenal dia. kalau dia nak sesuatu, dia takkan sembunyi. itu yg suka dengan pak habib.

ada juga istilah 'bini tak takut aku'. katanya isteri jenis ini, agak manja dan cerdik. pada saya, jika isteri yg jenis outloud nih, mereka sebenarnya terlebih kasih-sayang suami. sebab tu yakin semacam ja. dan beruntunglah suami sayang. kan redha suami tu (selagi tak langgar syariat Allah) adalah redha Allah jua.

lagipun ada hadith tentang berlaku baik terhadap isteri. kira QC ngan takut bini juga ka?

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

"Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik ahlaknya terhadap isterinya".

(H.R. Tarmizi)


Hantu Pintu  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Dah tahu takut, asyik laa buka pintu...hahaha


Counting...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

3 minggu yg penuh debaran, 3 minggu yg penuh tragis (kerana ditinggalkan selama itu), 3 minggu yg sangat sunyi dalam keriuhan, 3 minggu yg tiada kawan rajuk, 3 minggu yg tiada aromanya, 3 minggu yg hening tanpa gurau sakatnya...mampukah kali ini?


Taqwa  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan,
nescaya rezeki akan datang kepada
kamu tanpa modal dan niaga."

(Riwayat daripada Mu'az bin Jabal:
Majma' al-Zawaid, Kanz al-'Ummal)

Rahmat  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in ,

" Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya."
Sahabat bertanya : "Walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW : "Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku."

(Riwayat al-Bukhari)


Suamiku Imamku  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

saya selalu di cemuh kerana sering keluarkan kuliyyah yg berbaur taat pada suami. sedangkan saya hanya memanjangkan apa sahaja ilmu yg sedia ada. bukanlah saya buat ajaran baru.

ada yg berkata, "tak payahlah nak tunjuk yg awak tu solehah sangat dengan mendewa2kan suami. tak kena masa lagi suami awak buat perangai..."

tak kurang juga yg melontar bicara, "orang lelaki ni jangan di beri muka sangat. habis yg nak di kikis atau diperah dari kita, hilanglah sayangnya..."

sebenarnya, saya tidak menidakkan dan juga mengiyakan semua kata2 tersebut. lain padang lain belalang. apa yg saya cuba sampaikan hanyalah tuntutan agama terhadap seorang wanita yg bergelar isteri. suka tak suka, itulah prinsipnya.

Kita harus mentaati suami selagi ianya tidak menyuruh kita melanggar syariat dan mempersekutukan Allah s.w.t dan menolak Rasulullah s.a.w.

tak solat, minum arak, berzina, kaki menipu adalah urusan sang suami dengan Allah s.w.t. dengan tabiatnya yg menyakitkan hati kita inilah, sebenarnya ganjaran yg besar menanti jika kita sabar (tidak bermakna kita redha dengan maksiat dan dosa yg dilakukannya). jadi, peranan kita sebagai isteri yg mencintai suami yg telah dihalalkan untuk kita itu adalah dengan menasihatinya. jika kita tak mampu nasihatinya, maka berdoalah kepada Allah. kerana Allah itu Maha Membolak-balikkan hati2 manusia. Doa dengan segenap jiwa raga, kerana kita mahu berdua dengan sang suami hingga ke Jannah (selagi kita tidak mempersekutukan Allah, sebagai Muslim, masih ada syurga buat kita).


yang paling utama, alihkan cinta kita yg total kepada cinta Allah dan Rasul. Mudah disebut, payah dilaksana. Namun, jika tersemat azam, maka Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yg berharap pada-Nya keseorangan.


Dahulukan hak Allah dari segala2nya. Sesungguhnya, hak suami itu adalah hak Allah. Redha suami itu adalah redha Allah, sepertimana redha ibubapa adalah redha Allah (bagi wanita belum berkahwin).


Terdapat banyak nas al-Quran dan hadis Nabi yang menyebutkan tentang
kewajiban isteri mentaati suami, selama mana isteri tidak diminta melakukan perkara maksiat. Antaranya sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya:
“Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata:
“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam “Siapa orang yang lebih berhak ke atas seorang perempuan? Baginda bersabda: “Suaminya”.
(Hadis riwayat al-Bazzar dan al-Hakim)

5 bulan lagi...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Tuan Aslam, maafkan daku kerana 'terlebih pandai' letak tarikh...btw, terima kasih kerana tak soal saya banyak2. :big smile:

Charlie Daniels : Freedom  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in



A brief candle; both ends burning
An endless mile; a bus wheel turning
A friend to share the lonesome times
A handshake and a sip of wine
So say it loud and let it ring
We are all a part of everything
The future, present and the past
Fly on proud bird
You're free at last.

Dalam Genggaman Dunia...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Saya sangat sibuk.
Sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah putus.
Sedih dengan diri sendiri yg semakin 'jauh' dengan usaha untuk manfaat diri untuk agama, zauji dan semua.




[Semoga selepas ini Allah s.w.t. beri kelapangan, dimudahkan urusan dan juga dalam rahmat dan barakah-Nya. Amin.]

Kenapa tak boleh ni....  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Hairan sungguhlah. sudah 2 hari jiwa menderita. tak tahu dimana salah dan silapnya. dimana lagi yg nak diperbaiki. sudah kematu jari ini memintal bicara hati. Oh, mengapakah begini? Jika tidak boleh sekalipun, bisa tak beri sign supaya mudah difahami.


Duhai wimax, kenapa tak boleh upload piccas ni??

Muhasabah Cinta  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Blogging : Dilema?  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in


Kenapa gejala ada berpuluh-puluh blog url tapi tak tahu nak tulis apa wujud dikalangan kita? baru tulis beberapa coretan, kemudian ditinggalkan? Apakah sindrom ini sebenarnya? hikhik

Saya juga ada masalah ini sebenarnya sebelum ini. tak tahu apa yg mahu atau boleh dikongsi. Jika mahu sekadar ilmu semata2 (supaya memanfaatkan orang lain yg mungkin membacanya) adalah tidak mungkin kerana ini blog peribadi, bukanlah platform naskah ilmu semata2.

Dan jika mahu berkongsi perihal seharian, apa pula yg logik untuk dipaparkan? Tidak mahu dikata menunjuk kekayaan (bagi yg berada) sedangkan mahu berkongsi gembira, mempamer kebahagiaan (terkadang manusia ini sangat kompleks, bahagia bisa mengundang derita hati bagi yg tidak memilikinya) yg dinikmati hasil dari perkahwinan, perhubungan keluarga dan sebagainya.

Jadi, apa yg perlu ditempelkan di blog? Buah fikiran yg bernas pada saya adalah sesuatu yg sangat ideal. Luahan yg tidak sesekali menyingkap hal ehwal dalam rumahtangga (kerana ada juga blogger yg tidak kisah berkongsi perihal ranjang, [istighfar]). Tulis apa sahaja tentang isu yg terlintas dan komentarlah dalam mencerminkan fikiran dan peribadi anda. Jadi diri sendiri (namun masih menjaga/menutup keaiban sendiri dan juga orang lain).

Tidak bermakna apabila kita menapis lontaran pena, kita adalah hipokrit. Hidup ada batasan. batasan syariat bagi yg masih merasakan diri mereka ber-Tuhankan Allah s.w.t.

Jadi, menulislah selagi terdaya. terkadang bicara pada insan bisa buat kita alpa kerana ada masanya kita hanya perlukan 'listener' dan ada masa perlukan lawan bicara.

Cinta Hakiki  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in



Firman Allah S.W.T.:
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا : 3




bermaksud : pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan islam itu menjadi agama untuk kamu.
(Surah Al-Ma'idah:ayat3)


Freedom...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Seorang kenalan telah menghubungi saya melalui email yg telah berkurun tidak saya access. Sudah beberapa tahun terputus hubungan dengan beliau. terakhir, saya dengar beliau sedang berbahagia dengan pasangannya. Kini, beliau kembali semula menagih panduan dan nasihat dari saya.

Saya yg agak keberatan untuk mencampuri urusan rumahtangga orang lain ini agak tersepit dek rayuan beliau dan juga amanah suami supaya tidak alpa akan 'limitation' yg diberikan pada saya dalam mencurahkan ihsan.

Hmmm...ya, beliau adalah seorang lelaki! Terbatas bukan? Sekalipun dengan nawaitu kaunseling, kenalan yg seorang ini ada personal innuendo dengan saya.

Kisahnya berbunyi begini...

Dia mengahwini seorang wanita setelah diminta ibunya. Tahun-tahun pertama lagi mereka sudah krisis. Tiada keserasian katanya. Nikah tangkap muat kata beliau [adakah istilah begitu setelah tangan kadhi digenggam? Alasan si lemah pada saya].

Kata si lelaki, isterinya curang. Balas si isteri, suaminya kasanova. Hmm...entahlah. Seperti sangat serasi apabila kedua2nya curang. Setelah memberi sepatah dua nasihat dan panduan, akhir berita yg saya dengar, mereka sudah tinggal berasingan [dalam proses penceraian khabarnya].

Konklusi yg dapat saya buat adalah, mereka tidak mahu terikat. Sudah pasti pernikahan itu suatu ikatan yg diredhai. Jika tidak bernikah sekalipun, sebagai hamba-Nya kita masih terikat dengan syariat. Tidaklah menjadikan kita bisa keluar dating dengan bukan muhrim jika tidak berada dalam status pernikahan. Batasan syariat sentiasa menjadi pagarnya.

Sepatah kata sang lelaki, dia mahu freedom. Sebaris kata sang isteri, "kalau dia tak dapat ikut cara hidup saya, let it be..". Istighfar saya mendengarnya.

Bebaskah?




[Jadilah seperti merpati. Jinak tapi sukar didekati. Bebas berterbangan tapi tahu jalan pulang ke sarangnya]


Bagaikan Khadijah...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in


Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati

Srikandi pertama tika islam bermula

Hatimu menyalakan keyakinan

Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman

Dia tersisih engkau memilihnya

Dia terbuang engkau menyayanginya

Kerana iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah

Qudwah hasanah tauladan ummah

Jikalau rasul terpinggir

Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah

Agung jasamu dipersada sejarah

Pemergianmu ditangisi nabi

Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman

Indah jalan menuju Allah

Jika teman seperti Khadijah

Masih ada lagi…