Dil Se...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Salam...
          Macam tajuk filem pulak kali ni. ^_^

             "Dengan sepenuh hati"


Semoga azam saya untuk istiqamah ber'blogging' ini dipermudahkan Allah. Kalau mahu dikira, entah yg keberapa kali agaknya cubaan2 untuk create blog telah saya lakukan. Failed!


Dari rintangan tentang setting (maklumlah, hamba tak pandai bab2 IT ni sangat), usaha gigih mengadap tutorial yg bermacam2 jenis (dari blogspot, wordpress, hadithuna etc), maka saya putuskan untuk gunapakai blospot kerana lebih 'user friendly' (bagi orang yg tak pandai macam saya...haishh).


Apa agaknya yg saya nak 'feed' dalam blog saya ni? Hmmm...nak luahkan segala yg saya bisa kongsikan bersama sesiapa sahaja yg 'terlompat' ke blog saya ni. Harap2 ada manfaatlah dari tulisan2 saya nanti.


Saya banyak juga 'stalk' blog beberapa orang yg saya tak kenal. Saya enjoy baca kerana mereka jadi diri mereka sendiri. Satu kepuasan bagi mereka (tak kiralah blog mereka tu PG13 atau 18SX, kita kena pandai suaikan dengan kehendak minda kita sendiri sebagai pembaca) dalam membuka kata dan memanjangkan bicara.


Saya tak pernah memberi komen dalam blog orang lain. Nak memberi salam pun kekok kerana bimbang hanya yg terdekat sahaja bisa memberi kata2 sapaan. Apapun, saya suka beberapa blog yg pada saya 'tulus dan mulus' dalam memainkan kekunci keyboard.



Bila kita buat kerja dengan sepenuh hati, maka natijahnya sangat memuaskan. Samada bagi pihak yg memberi atau menerima.

Bila makan dengan sepenuh hati, maka licin nasi sepinggan. Kalau makan separuh hati, maka menangislah segala butir nasi itu.

Bila beribadah sepenuh hati, akan terasa ringan. Bila rukuk dan sujud separuh hati, maka akan terasa seperti membawa bebanan batu yg sangat berat. Tersiksa dalam beribadah.

Macam mana nak buat sesuatu dengan sepenuh hati? Bagaimana nak elakkan virus separuh hati tu melanda?

Ikhlaskanlah...mudah menyebut, payah dinilai. Terkadang ikhlas tak sampai ke penghujung. Maka berdoalah semoga hati2 kita disemat dengan ikhlas sentiasa

This entry was posted on Friday, December 18, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment