saya selalu di cemuh kerana sering keluarkan kuliyyah yg berbaur taat pada suami. sedangkan saya hanya memanjangkan apa sahaja ilmu yg sedia ada. bukanlah saya buat ajaran baru.
ada yg berkata, "tak payahlah nak tunjuk yg awak tu solehah sangat dengan mendewa2kan suami. tak kena masa lagi suami awak buat perangai..."
tak kurang juga yg melontar bicara, "orang lelaki ni jangan di beri muka sangat. habis yg nak di kikis atau diperah dari kita, hilanglah sayangnya..."
sebenarnya, saya tidak menidakkan dan juga mengiyakan semua kata2 tersebut. lain padang lain belalang. apa yg saya cuba sampaikan hanyalah tuntutan agama terhadap seorang wanita yg bergelar isteri. suka tak suka, itulah prinsipnya.

Kita harus mentaati suami selagi ianya tidak menyuruh kita melanggar syariat dan mempersekutukan Allah s.w.t dan menolak Rasulullah s.a.w.
tak solat, minum arak, berzina, kaki menipu adalah urusan sang suami dengan Allah s.w.t. dengan tabiatnya yg menyakitkan hati kita inilah, sebenarnya ganjaran yg besar menanti jika kita sabar (tidak bermakna kita redha dengan maksiat dan dosa yg dilakukannya). jadi, peranan kita sebagai isteri yg mencintai suami yg telah dihalalkan untuk kita itu adalah dengan menasihatinya. jika kita tak mampu nasihatinya, maka berdoalah kepada Allah. kerana Allah itu Maha Membolak-balikkan hati2 manusia. Doa dengan segenap jiwa raga, kerana kita mahu berdua dengan sang suami hingga ke Jannah (selagi kita tidak mempersekutukan Allah, sebagai Muslim, masih ada syurga buat kita).
yang paling utama, alihkan cinta kita yg total kepada cinta Allah dan Rasul. Mudah disebut, payah dilaksana. Namun, jika tersemat azam, maka Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yg berharap pada-Nya keseorangan.
Dahulukan hak Allah dari segala2nya. Sesungguhnya, hak suami itu adalah hak Allah. Redha suami itu adalah redha Allah, sepertimana redha ibubapa adalah redha Allah (bagi wanita belum berkahwin).
Terdapat banyak nas al-Quran dan hadis Nabi yang menyebutkan tentang kewajiban isteri mentaati suami, selama mana isteri tidak diminta melakukan perkara maksiat. Antaranya sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:
Maksudnya: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam “Siapa orang yang lebih berhak ke atas seorang perempuan? Baginda bersabda: “Suaminya”.
(Hadis riwayat al-Bazzar dan al-Hakim)
This entry was posted
on Monday, May 03, 2010
and is filed under
Baitul Muslim
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.