Kenapa gejala ada berpuluh-puluh blog url tapi tak tahu nak tulis apa wujud dikalangan kita? baru tulis beberapa coretan, kemudian ditinggalkan? Apakah sindrom ini sebenarnya? hikhik
Saya juga ada masalah ini sebenarnya sebelum ini. tak tahu apa yg mahu atau boleh dikongsi. Jika mahu sekadar ilmu semata2 (supaya memanfaatkan orang lain yg mungkin membacanya) adalah tidak mungkin kerana ini blog peribadi, bukanlah platform naskah ilmu semata2.
Dan jika mahu berkongsi perihal seharian, apa pula yg logik untuk dipaparkan? Tidak mahu dikata menunjuk kekayaan (bagi yg berada) sedangkan mahu berkongsi gembira, mempamer kebahagiaan (terkadang manusia ini sangat kompleks, bahagia bisa mengundang derita hati bagi yg tidak memilikinya) yg dinikmati hasil dari perkahwinan, perhubungan keluarga dan sebagainya.
Jadi, apa yg perlu ditempelkan di blog? Buah fikiran yg bernas pada saya adalah sesuatu yg sangat ideal. Luahan yg tidak sesekali menyingkap hal ehwal dalam rumahtangga (kerana ada juga blogger yg tidak kisah berkongsi perihal ranjang, [istighfar]). Tulis apa sahaja tentang isu yg terlintas dan komentarlah dalam mencerminkan fikiran dan peribadi anda. Jadi diri sendiri (namun masih menjaga/menutup keaiban sendiri dan juga orang lain).
Tidak bermakna apabila kita menapis lontaran pena, kita adalah hipokrit. Hidup ada batasan. batasan syariat bagi yg masih merasakan diri mereka ber-Tuhankan Allah s.w.t.
Jadi, menulislah selagi terdaya. terkadang bicara pada insan bisa buat kita alpa kerana ada masanya kita hanya perlukan 'listener' dan ada masa perlukan lawan bicara.
This entry was posted
on Friday, February 19, 2010
and is filed under
From The Bottom Of My Heart
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
