Freedom...  

Posted by: Mrs. Love Loyalty in

Seorang kenalan telah menghubungi saya melalui email yg telah berkurun tidak saya access. Sudah beberapa tahun terputus hubungan dengan beliau. terakhir, saya dengar beliau sedang berbahagia dengan pasangannya. Kini, beliau kembali semula menagih panduan dan nasihat dari saya.

Saya yg agak keberatan untuk mencampuri urusan rumahtangga orang lain ini agak tersepit dek rayuan beliau dan juga amanah suami supaya tidak alpa akan 'limitation' yg diberikan pada saya dalam mencurahkan ihsan.

Hmmm...ya, beliau adalah seorang lelaki! Terbatas bukan? Sekalipun dengan nawaitu kaunseling, kenalan yg seorang ini ada personal innuendo dengan saya.

Kisahnya berbunyi begini...

Dia mengahwini seorang wanita setelah diminta ibunya. Tahun-tahun pertama lagi mereka sudah krisis. Tiada keserasian katanya. Nikah tangkap muat kata beliau [adakah istilah begitu setelah tangan kadhi digenggam? Alasan si lemah pada saya].

Kata si lelaki, isterinya curang. Balas si isteri, suaminya kasanova. Hmm...entahlah. Seperti sangat serasi apabila kedua2nya curang. Setelah memberi sepatah dua nasihat dan panduan, akhir berita yg saya dengar, mereka sudah tinggal berasingan [dalam proses penceraian khabarnya].

Konklusi yg dapat saya buat adalah, mereka tidak mahu terikat. Sudah pasti pernikahan itu suatu ikatan yg diredhai. Jika tidak bernikah sekalipun, sebagai hamba-Nya kita masih terikat dengan syariat. Tidaklah menjadikan kita bisa keluar dating dengan bukan muhrim jika tidak berada dalam status pernikahan. Batasan syariat sentiasa menjadi pagarnya.

Sepatah kata sang lelaki, dia mahu freedom. Sebaris kata sang isteri, "kalau dia tak dapat ikut cara hidup saya, let it be..". Istighfar saya mendengarnya.

Bebaskah?




[Jadilah seperti merpati. Jinak tapi sukar didekati. Bebas berterbangan tapi tahu jalan pulang ke sarangnya]


This entry was posted on Thursday, February 18, 2010 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment